Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ribut Isha landa UK dan Ireland

    LONDON, 22 JAN – Puluhan ribu orang di seluruh United Kingdom (UK) dan Ireland terputus bekalan elektrik hari ini selepas Ribut Isha melanda kedua-dua negara tersebut dengan angin kencang dan hujan lebat, menjejaskan rangkaian pengangkutan.

    Tiupan angin berkelajuan 159 kilometer sejam telah direkodkan di timur laut England apabila seluruh UK tertakluk kepada amaran cuaca untuk ribut kesembilan sejak September.

    Pakar klimatologi berkata perubahan iklim menyebabkan musim sejuk di kawasan ini menjadi lebih panas dan lembap, meningkatkan kemungkinan berlakunya kejadian cuaca ekstrem.

    Di Ireland, yang juga terjejas teruk oleh ribut tersebut, menyaksikan kira-kira 235,000 rumah mengalami gangguan bekalan elektrik, menurut pembekal tenaga ESB.

    Seramai 45,000 orang yang lain terputus bekalan elektrik di Ireland Utara, manakala beberapa ribu hartanah menjadi gelap di barat laut England dan Wales.

    Pokok yang tumbang di Scotland menutup jalan utama, manakala serpihan dan banjir memaksa pembatalan semua perkhidmatan kereta api pada waktu sibuk pagi hari ini di negara itu.

    Berpuluh-puluh penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan lewat Ahad, dengan beberapa pesawat dilencongkan selepas tidak dapat mendarat akibat angin kencang. – AFP

    Penduduk berjalan berhampiran ombak di Blackpool, England, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...