SYDNEY, 26 DIS – Ribut petir dan angin kencang pada malam Hari Natal telah memutuskan bekalan elektrik ke 110,000 buah rumah di timur Australia dan menumbangkan sebatang pokok yang telah mengorbankan seorang wanita, kata pegawai hari ini.
Penduduk telah terputus bekalan elektrik apabila ribut melanda dan telah mengakibatkan kerosakan teruk, memutuskan talian elektrik di ibu negeri Queensland, Brisbane dan kawasan Gold Coast, kata syarikat tenaga Energex.
“Laporan kerosakan selanjutnya diterima setiap minit,” tambahnya.
Perkhidmatan ambulasn Queensland berkata seorang wanita berusia 59 tahun telah dihempap sebatang pokok yang tumbang di sebatang jalan di Gold Coast.
“Dia mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia. Kami gagal menyelamatnya,” kata paramedik, Jaye Newton, yang berada di tempat kejadian.
Sebatang pokok tumbang memerangkap seorang wanita di dalam keretanya selama lebih sejam, katanya kepada pemberita.
“Ia seperti zon bencana, terdapat pokok di merata jalan,” kata Newton, yang menggambarkan bagaimana angin telah menumbangkan pokok dan menerbangkan jubin dari bumbung.
Ribut petir yang teruk dengan tiupan angin kencang, hujan batu besar dan hujan lebat diramalkan lewat hari ini, kata Biro Meteorologi.
Biro Meteorologi juga memberi amaran di media sosial ribut petir teruk mungkin berlaku sekali lagi, ia memberi amaran di media sosial, selain amaran banjir besar untuk sungai kira-kira 40 kilometer ke pedalaman dari Gold Coast. – AFP