Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ribut salji jejas sekolah di Cleveland

    CLEVELAND, 29 NOV – Cuaca sejuk dan ribut salji yang melanda kelmarin telah menyebabkan sekolah di Cleveland dan kawasan-kawasan lain ditutup.

    Sementara itu, timbunan salji juga telah mengakibatkan jalan di Interstate 90 yang banyak dilalui di utara Ohio menjadi berbahaya.

    Amaran fenomena salji yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan untuk kawasan dari Cleveland ke timur hingga Erie, Pennsylvania, termasuk sebahagian daripada barat New York akan menerima turunan salji pertama yang signifikan pada tahun ini.

    Salji lebat yang turun menjadi punca kemalangan terhadap 10 buah kenderaan yang menyebabkan kecederaan serius kepada seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Wales, kira-kira 20 batu nautika (32 kilometer) di tenggara Buffalo, ketika pulang pada petang Isnin lalu, kata Syerif Erie County, John Garcia kelmarin.

    Kanak-kanak itu telah dilanggar selepas keluar dari kenderaan keluarganya.

    Sekolah-sekolah di Daerah Metropolitan Cleveland, yang mempunyai lebih dari 36,000 orang pelajar, diumumkan akan ditutup semua kelmarin, termasuk beberapa buah daerah jiran juga akan ditutup.

    Di Pennsylvania, sekolah-sekolah di Daerah Utara-timur di Albion juga ditutup kelmarin, sementara beberapa buah daerah di Erie dan Crawford menangguhkan pembukaan selama dua jam. – AP

    Seorang wanita berjalan berdekatan kawasan letak kereta Klinik Cleveland selepas fenomena salji lebat turun semalaman, Selasa, 28 Nov 2023, di Cleveland. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...