Tuesday, February 27, 2024
35.1 C
Brunei

    -

    KBS sedia bincang garis panduan pakaian sukan Sukma 2028

    SHAH ALAM, 29 NOV – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia sedia berbincang dengan kerajaan negeri Kelantan berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukan Malaysia (Sukma) yang akan dianjurkan negeri itu pada 2028.

    Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata ketika ini, tumpuan diberikan kepada Sukma Sarawak yang akan diadakan tahun depan, serta usaha pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada atlet dalam Program Podium pada Januari.

    “Saya percaya Kelantan ada pemikiran mereka tetapi Kerajaan Persekutuan kita juga ada pemikiran kita sendiri. Jadi isu ini dibangkitkan bukan dalam mesyuarat kita, isu ini dibangkitkan dalam (persidangan) DUN (Dewan Undangan Negeri) mereka.

    “Kita masih belum terima apa-apa lagi daripada exco negeri Kelantan dan mereka baharu dapat seorang exco baharu, jadi kita tunggu mesyuarat nanti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin di sini hari ini.

    Isnin lepas, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan KBS serta MSN berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukma 2028.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Rodzi Ja’afar (PAS- Gaal) yang mahu tahu adakah kerajaan boleh memastikan atlet dari negeri lain yang menyertai temasya sukan kebangsaan itu patuh syariah pada persidangan DUN Kelantan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Maryam Nawaz dilantik sebagai ketua menteri wanita pertama

    PAKISTAN, 26 FEB – Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif, menguasai wilayah paling ramai penduduk di Pakistan hari ini, menjadikannya wanita pertama negara...