PARIS, 26 JULAI – Penunggang Sepanyol, Alex Rins, yang mengalami kecederaan kaki kanannya semasa Grand Prix Itali pada awal Jun, akan terlepas perlumbaan British pada 6 Ogos.
Pasukan LCR Honda mengumumkan semalam bahawa dia akan digantikan oleh rakan senegaranya, Iker Lecuona.
Selepas tidak beraksi dalam perlumbaan Jerman dan Belanda berikutan kecederaannya, Rins, 27, belum pulih tepat pada masanya untuk perlumbaan di Silverstone.
Penunggang HRC, Iker Lecuona, 23, sebelum ini telah menggantikan pelumba Sepanyol, Joan Mir, dalam pasukan Honda untuk GP Belanda pada 25 Jun.
Mengakhiri percutian musim panas, juara dunia Itali, Francesco Bagnaia, berada di hadapan dengan kutipan 35 mata berbanding penunggang Sepanyol, Jorge Martin yang menduduki tempat kedua. Manakala Rins berada di tempat ke-13 dalam kedudukan. – AFP
