Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Risiko kemalangan tinggi dengan pusingan-U

    Beberapa minggu lalu, saya dikhabarkan mengenai satu kemalangan yang berlaku di kawasan pusingan-U di lebuh raya Seria By-Pass.

    Saya tidak terkejut bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku. Saya juga tidak terkejut jika ada lagi kemalangan-kemalangan yang sebegini akan berlaku pada masa hadapan.

    Apa yang menghairankan saya ialah mengapa lebuh raya di Brunei dibina sedemikian rupa? Berdasarkan pengalaman saya yang terhad, ini kali pertama saya melihat dengan mata sendiri lebuh raya yang mempunyai pusingan-U dengan kereta dari arah bertentangan yang dipandu laju melebihi had laju yang ditetapkan.

    Harga kereta yang murah, bahan api bersubsidi dan cukai jalan yang minimum merupakan antara faktor kitani mampu memiliki kereta berkuasa tinggi. Kereta-kereta seperti ini tidak seronok jika dipandu perlahan. Seperti mempunyai motosikal berkuasa tinggi (superbike) tetapi menunggang dengan kelajuan di bawah 90km sejam. Langsung tiada ‘thrill’!

    Ditambah lagi dengan bilangan kereta yang sedikit berbanding negara-negara lain, menyebabkan ramai orang termasuk diri saya sendiri ada kalanya memandu melebihi had laju kebangsaan. Saya tahu ini adalah salah satu ramuan dalam ‘resipi kecelakaan’.

    Sungguh, manusia boleh berubah, namun ia memerlukan masa yang lama dan tenaga yang banyak. Nasihat pandu cara berhemah dan patuhilah had laju mungkin sudah agak lapuk.

    Sehubungan itu, cadangan saya, pihak kerajaan melalui jabatan-jabatan yang berkaitan perlu bertindak. Binalah jejambat khas untuk kenderaan membuat pusingan-U dengan selamat. Jika kekurangan idea, boleh usahakan untuk menghantar pegawai ke luar negara untuk belajar daripada negara-negara lain yang mempunyai jaringan lebuh raya yang lebih maju dan kompleks.

    Seperkara lagi adalah mengenai lampu trafik di lebuh raya Brunei. Tetapi saya fikir, biarlah kitani kupas satu per satu isu dahulu. Kelak yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

    Awang sembilan lima empat

    Ambil contoh seperti jejambat di Bukit Beruang dan Lugu. Ringkas dan mencukupi. Tidak perlu bina jejambat yang kompleks seperti gambar di atas.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...