Pelakon Rita Rudaini mahu anak keduanya iaitu Airit Qaqa Arjuna melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi walaupun anaknya itu bercita-cita mahu menjadi pemain bola sepak profesional.
Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata, dia tidak pernah menghalang minat anak-anak namun sangat mementingkan akademik dan pendidikan agama sebagai jaminan masa depan mereka.
“Nak jadi apa, jadilah asalkan di dada kamu terisi Al-Quran dan seorang yang bijak dalam akademik.
“Setidaknya kalau dah tak laku main bola sepak, esok-esok ada ‘geran’ ijazah atau PhD ke, ye tak?,” katanya menurut laporan mStar.
Rita berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastorynya.
Ketika ditemu bual media sebelum ini, Rita memberitahu Qaqa pernah menyatakan hasrat bergelar pemain bola sepak profesional.
Tak menghalang cita-cita anak bongsunya itu, Rita sebaliknya memberi semangat kepada Qaqa melebarkan bakat bermain bola sepak sehingga ke peringkat antarabangsa. – Agensi