Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Riuh Raya 2023 buka tirai rasmi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Acara jualan raya terbesar, Riuh Raya 2023 membuka tirainya di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dengan majlis perasmiannya hari ini.

    Pelancaran acara berkenaan telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd Amirizzal bin Pengiran Haji Mahmud selaku tetamu kehormat, yang seterusnya mengunjungi petak jualan di acara tersebut.

    Beliau juga berpeluang menyertai majlis bersungkai bersama anak-anak yatim di ruang berasingan pusat berkenaan.

    Antara acara menarik dalam Riuh Raya itu adalah jualan lelong raya yang akan diadakan pada tiga malam terakhir jualan di mana, pengunjung akan berpeluang mendapatkan harga barangan lelong daripada 50 hingga 80 peratus.

    Di samping jualan lelong itu, pengunjung bertuah akan diberikan kupon membeli-belah bernilai $5.

    Selain itu, Riuh Raya 2023 juga akan memberikan hadiah utama berupa wang tunai $1,000 sebagai hadiah cabutan di acara tersebut dan untuk melayakkan dalam cabutan bertuah ini, pengunjung hanya perlu berbelanja pada jumlah minimum.

    Setiausaha Tetap Pengiran Amiirizal melancarkan Riuh Raya 2023.
    Pengiran Mohd Amirizzal ketika mengunjungi petak jualan Riuh Raya 2023 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
    Tetamu kehormat mengunjungi petak jualan di Riuh Raya 2023.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda