Penyanyi Rizky Billar dilihat masih menerima kecaman daripada warganet selepas kisah keganasan rumah tangganya tersebar beberapa bulan yang lalu.
Terbaru, warganet mendakwa Rizky menumpang kekayaan yang dimiliki oleh isterinya, Lesti selama ini.
Berikutan daripada itu, Rizky meminta warganet untuk berfikiran terbuka dan jangan suka mencari kesalahan orang lain.
“Kenyataan yang tidak menggunakan akal. Jangan komen dengan perasaan benci tapi gunakan akal waras,” katanya
Tambah Rizky, dia mampu membeli segala keperluan isterinya sehingga ke hari ini.
Ujarnya lagi, isu menumpang hidup Lesti tidak patut wujud.
Kalau tumpang pun, saya baru hidup dengan dia tak sampai dua tahun. Kalau nak kata macam itu, lebih baik saya menumpang sejak dahulu lagi.
Terdahulu, kediaman mewah yang didiami pasangan selebriti itu didakwa adalah rumah sewa dan beberapa lagi kemewahan yang ditunjukkan hanyalah untuk media sosial sahaja. – Agensi