Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizky Billar tak mengaku pukul Lesti Kejora, kini dalam keadaan tertekan

    Peguam kepada Rizky Billar mendakwa pelakon itu tidak pernah melakukan kekerasan rumah tangga terhadap Lesti Kejora seperti didakwa sebelum ini.

    Menurut Ade Arfil Manurung, cerita yang tersebar adalah keterlaluan dan bersifat andaian selain hanya dakwaan daripada satu pihak sahaja tanpa ada sebarang kenyataan daripada Rizky sendiri.

    Justeru pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada siasatan polis yang bakal dijalankan dalam masa terdekat terhadap Rizky.

    “Cerita keganasan rumah tangga itu berlebihan. Meskipun sudah ada laporan namun belum ada siasatan. Kita tunggu sahaja minggu depan,” katanya seperti yang dipetik dari KapanLagi.

    Dalam masa sama, Ade memberitahu berita yang tersebar sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak guamnya itu sehinggakan dia sendiri tidak dapat hadir ke balai polis untuk memberi kenyataan.

    “Dia (Rizky) tidak boleh hadir kerana psikologinya terganggu dengan pelbagai kritikan terhadapnya,” jelasnya. – Agensi

    Rizky menolak dakwaan lakukan kekerasan terhadap Lesti. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda