“Di zaman sekarang, masih adakah seorang isteri yang mengambilkan nasi untuk suaminya, menuangkan minum dan duduk di samping suami sampai selesai makan walaupun tidak ikut makan.
Kalau ada? Itu bukan seorang isteri tetapi seorang bidadari syurga,”demikian posting Iky. “Sudah kuduga kalau dia bidadari @mahaliniraharja.”
Posting Iky itu kemudian tular dan telah menerima komen langsung mencurah-curah.
“Alhamdulillah ternyata saya termasuk bidadari syurga,” ujar warga maya.
Mahalini, penyanyi Mencintaimu itu sempat bersuara tentang khabar angin kehamilan pertama. Mahalini menegaskan dia belum hamil dan sempat memberi jawapan.
“Lini takut sangat dianggap hamil sihat di perut mama mu ya nak,” kata warganet. “Siapa takut? Saya cuma mahu membetulkan biar orang tidak beranggapan saya bohong, sakit kerana ini lah itulah,” balas Lini.
Ia juga sempat memberikan peringatan kepada warganet agar tidak beranggapan macam-macam. Dia dan Iky hanya meminta doa yang terbaik.
“Tolong jangan buat berita bahawa saya takut hamil. Warganet yang membuat anggapan sedemikian itu saya tidak suka.
“Selebihnya, doakan sahaja yang baik-baik,” ujarnya lagi. – Agensi