Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    RM15 juta tingkat SSR daging menjelang 2030

    TAWAU, 24 MEI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meluluskan peruntukan RM15 juta bagi menyokong usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kadar sara diri (SSR) daging lembu di Sabah dan Malaysia amnya menjelang 2030.

    Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata tahap SSR daging lembu masih agak rendah di negara ini dengan Sabah hanya kira-kira lapan peratus serta 15 peratus peringkat nasional, dan melalui usaha itu diharap SSR meningkat kepada 25 peratus di Sabah, manakala 50 peratus bagi nasional.

    Beliau berkata peruntukan itu disalurkan kepada anak syarikat kerajaan negeri iaitu Sawit Kinabalu melalui program pengukuhan keterjaminan makanan 2024 dengan mengoptimumkan penggunaan tanah melalui projek ternakan lembu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

    “Hari ini, KPKM menyerahkan peruntukan RM15 juta kepada Sawit Kinabalu untuk membeli 1,660 ekor lembu baka dari Australia yang dijangka sampai Julai atau Ogos pada tahun ini.

    Melalui program ini Sawit Kinabalu akan memulakan program biak baka bagi tambah populasi dan capai sasaran 25,000 ekor lembu,” katanya.

    Arthur dalam pada itu berkata projek berkenaan bakal mewujudkan sekurang-kurangnya 350 peluang pekerjaan kepada anak tempatan terutama bagi yang mengikuti bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertanian di samping menjadi ejen perubahan untuk menarik minat para belia menceburi bidang ternakan.

    Sementara itu, Abd Halim berkata Sawit Kinabalu merupakan antara syarikat yang mempunyai ternakan lembu terbesar di Malaysia iaitu kira-kira 13,000 ekor lembu dan diharapkan dengan suntikan geran RM15 juta itu mampu mempercepat peningkatan SSR komoditi daging lembu bagi Sabah dan Malaysia pada masa akan datang.

    “Kita harap menjelang 2030, populasi lembu mencapai 35,000 ekor,” katanya yang turut memberitahu Sawit Kinabalu memiliki 54 produk yang disahkan halal dan dijual di pasaran termasuk daging. – Bernama

    Datuk Arthur Joseph Kurup (kanan) dalam program mengoptimumkan Penggunaan Tanah ke arah keterjaminan makanan negara di Tawau, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...