Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Komited pulihara ekosistem marin negara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Buat julung kalinya, Poni Divers dengan kerjasama Jabatan Perikanan akan mengadakan Minggu Lautan Brunei, sambutan kebangsaan mengenai acara-acara, pembelajaran dan penerokaan lautan selama seminggu sempena Hari Lautan Sedunia pada 8 Jun depan.

    Poni Divers menjelaskan, acara yang akan berlangsung dari 31 Mei hingga 9 Jun itu bertujuan untuk menghimpunkan perniagaan-perniagaan, pihak berkepentingan kerajaan, organisasi dan institusi akademik untuk membincangkan cabaran dan penyelesaian pemuliharaan marin, di dalam negara dan di seluruh dunia.

    Ia juga bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada generasi penjaga lautan seterusnya dan melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk membina masa depan yang mampan bagi ekonomi biru Negara Brunei Darussalam.

    Beberapa siri acara akan diadakan sepanjang minggu berkenaan, daripada bengkel penanaman karang dan pembinaan terumbu kepada program advokasi belia dan persidangan mengenai kemampanan lautan bersama pakar-pakar pemuliharaan marin, dan hari penanaman karang terbesar di Brunei serta pembersihan pantai.

    Acara berkenaan juga bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada lebih 245 orang belia dan lebih 500 orang dewasa secara langsung untuk melindungi lautan sepanjang minggu acara pemuliharaan marin.

    Ia juga bertujuan untuk menjangkau lebih 1,000 individu melalui media digital dan penstriman langsung.

    Penyelam Poni Divers meletakkan bebola terumbu di terumbu SCTSB di Pulau Pilong-Pilongan. – GAMBAR SERAHAN PONI DIVERS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...