Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Robot pindah, pulihkan pesakit diperkenalkan

    ODENSE, DENMARK, 2 OKT – PTR Robots, sebuah syarikat robot perkhidmatan dari Denmark, telah mengumumkan pertunjukan perdana di dunia bagi robot mereka yang boleh menggerak dan memindahkan pesakit.

    Dibangunkan secara bersama dengan profesional penjagaan kesihatan, PTR Robot adalah penyelesaian robot pintar, bergerak yang pertama yang boleh bergerak secara fleksibel di dalam sektor penjagaan kesihatan dan kejururawatan.

    Walaupun ia membantu individu yang mengalami gangguan fungsi untuk dipindah dan dipulihkan, ia juga melegakan tekanan kepada kakitangan, mengubah hala mereka dari tugas-tugas yang berintensifkan tenaga.

    Sebuah Robot PTR juga boleh mengurangkan risiko jangkitan, kerana hanya seorang pengasuh yang perlu hadir untuk melakukan pemindahan seorang pesakit.

    Satu dalam setiap empat pesakit yang terlantar sakit di katil di sebuah hospital biasa tidak dapat bergantung pada diri sendiri dan memerlukan bantuan, baik untuk dipindah dan dipulihkan. Keperluan ini lebih ketara di rumah-rumah penjagaan. Menurut WHO, kecederaan mengangkat menyumbang kepada satu pertiga daripada kesemua kecederaan pekerjaan di kalangan jururawat.

    “Banyak rumah penjagaan, hospital dan institusi sangat berminat dengan robot pemindahan dan pemulihan pesakit kami. Sekiranya seorang warga tua patah pinggulnya, robot itu boleh membantunya berdiri tegak selepas pembedahan itu. Robot berkenaan juga menemani pesakit ketika membuat langkah-langkah pertama setelah pembedahan,” kata Lone Jager Lindquist, Ketua Pegawai Eksekutif, PTR Robots.

    UVD Robots digunakan di seluruh dunia, menyahjangkit kuman di hospital, hotel, kilang memproses makanan, bilik-bilik bersih di industri farmaseutikal, lapangan terbang, stesen kereta api, prasekolah dan banyak lagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda