LONDON, 12 NOV – Pemain Aston Villa, Morgan Rogers adalah antara lima pemain yang diserapkan ke dalam skuad England untuk perlawanan Liga Negara-Negara bulan ini menentang Greece dan Ireland selepas lapan pemain menarik diri.
Bos sementara, Lee Carsley akan mengendalikan dua perlawanan terakhir-nya, iaitu di Athens pada Khamis dan di Wembley tiga hari kemudian, sebelum menyerahkan tugas kepada Thomas Tuchel.
Pasukan Carsley tanpa beberapa pemain senior, tujuh daripadanya berasal dari kelab teratas Liga Perdana Inggeris selepas Trent Alexander-Arnold, Levi Colwill, Declan Rice, Bukayo Saka, Cole Palmer, Jack Grealish dan Phil Foden menarik diri daripada skuad.
Penjaga gol Southampton, Aaron Ramsdale juga telah menarik diri.
Pemain tengah penyerang, Rogers, 22, telah menerima panggilan sulung ke skuad senior selepas mempamerkan aksi yang cemerlang bersama Aston Villa yang di bawah kendalian Unai Emery musim ini, menjaringkan tiga gol dan menyumbang tiga assists.
Jarrod Bowen dan Jarrad Branthwaite, bersama Tino Livramento dan James Trafford yang tidak beraksi, juga telah disenaraikan ke dalam skuad.
Pemain Arsenal, Rice dan Saka terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika seri 1-1 di Chelsea pada Ahad.
Alexander-Arnold mengalami kece-deraan hamstring dalam kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Aston Villa tetapi dijangka akan kembali beraksi akhir bulan ini.
Bos Manchester City, Pep Guardiola menyatakan kehairanannya kerana Jack Grealish dipanggil walaupun pemain itu tidak beraksi untuk kelabnya sejak 20 Oktober.
Carsley akan kembali kepada peranannya sebagai pengurus England Bawah 21 selepas perlawanan Liga Negara-Negara, dengan Tuchel memulakan tugasnya sebagai pengurus pada Januari. – AFP