Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roket sasar lapangan terbang Baghdad

    BAGHDAD, 28 JAN – Enam roket Katyusha membedil Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad hari ini, kata seorang pegawai polis Iraq.

    “Enam roket Katyusha menyasarkan lapangan terbang dan sekitarnya pada waktu subuh hari ini,” kata seorang pegawai polis yang tidak mahu namanya disiarkan kepada agensi Anadolu kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk bercakap kepada media.

    Serangan itu menyebabkan kerosakan besar kepada sebuah pesawat awam, kata pegawai itu, sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda