Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Roma kalahkan Juventus 1-0

MILAN, 6 MAC – Jaringan menakjubkan Gianluca Mancini sudah memadai untuk memberikan kemenangan 1-0 buat Roma ke atas Juventus dalam Serie A semalam, walaupun pasukan pelawat itu berhasil menggegarkan tiang gawang sebanyak tiga kali.

Mancini menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua untuk membantu Roma mara ke tangga keempat Serie A dalam persaingan sengit untuk merebut tempat kelayakan Liga Juara-Juara.

Kesengsaraan seterusnya berlaku buat Juventus apabila pemain gantian Moise Kean dilayangkan kad merah pada minit akhir, beberapa saat selepas turun dari bangku simpanan, kerana melakukan keganasan.

Roma berada di atas AC Milan dengan perbezaan gol sahaja selepas juara bertahan itu tewas di Fiorentina pada Sabtu lalu.

Head-to-head merupakan pemecah seri pertama perlawanan pada penghujung musim ini.
Juventus ketinggalan 12 mata di belakang. Ia telah ditolak 15 mata pada awal tahun disebabkan perakaunan palsu.

Jurulatih Roma Jose Mourinho berada di bangku simpanan semasa perlawanan menentang Juventus selepas penggantungan dua perlawanannya ditangguhkan.

Mourinho digantung selepas dibuang padang dalam kekalahan mengejut Roma kepada Cremonese. – AP

Pemain Roma meraikan kemenangan di penghujung perlawanan bola sepak Serie A Itali antara Roma dan Juventus di Stadium Olimpik, di Rom, Itali, semalam. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -