Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan dari Mukim Seria kunjung balas MPK Jerudong B

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong B menerima kunjungan balas oleh sebahagian dari Majlis Perundingan Mukim Seria, kelmarin.

    Rombongan dari Mukim Seria yang disertai lebih 50 orang ahli itu diketuai oleh Ketua Kampung RPN Lorong Tengah Seria, Awang Shaiful Faizal bin Angas. Turut menyertai rombongan ialah Ketua Kampung RPN Lorong 3 Penaga Seria, Awang Syaiful Faizal Bin Angas.

    Terdahulu, MPK Jerudong B telah mengadakan lawatan ke Majlis Perundingan Mukim Seria pada 16 Jun lepas.

    Tujuan lawatan balas berkenaan ialah mengetahui lebih dekat lagi mengenai program Satu Produk Satu Kampung (1P1K) yang terdapat di Kampung Jerudong. Di samping mengeratkan hubungan antara kedua-dua buah MPK berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penghulu Mukim Sengkurong, Doktor Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman. Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong di mana persembahan silat turut diadakan.

    Selesai sahaja upacara di dewan, rombongan lawatan menuju ke Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong. Kemudian diteruskan dengan lawatan ke Taman Madu Kelulut, Mini Muzium Hajah Halimah dan Pantai Jerudong bagi beberapa aktiviti seperti perlawanan tarik kalat, melempar buah kelapa dan melawat gerai-gerai jualan.

    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MPK JERUDONG B
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda