Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan menteri S’pura tiba

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan isteri, Teo Poh Yim serta rombongan tiba di Negara Brunei Darussalam, hari ini, bagi lawatan kerja selama empat hari hingga 4 Oktober.

    Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud serta datin, dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

    Menyertai rombongan TYT Teo Chee Hean ialah Menteri Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia, Puan Yang Terutama Grace Fu; Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air dan Menteri yang Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad; Menteri Kanan Negara, Kementerian Pertahanan, TYT Heng Chee How; Menteri Kanan Negara, Kementerian Undang-undang dan Kementerian Kesihatan, TYT Edwin Tong Chun Fai dan Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan dan Industri, Tan Wu Meng.

    TYT Teo Chee Hean dan isteri serta rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Program Pemimpin-pemimpin Muda ke-7, yang mana tahun ini adalah giliran Negara Brunei Darussalam menjadi hos kepada program tersebut.

    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika mengalu-alukan ketibaan TYT Teo Chee Hean dan isteri serta rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda