Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Rombongan tadarus KHEU ke Temburong

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TEMBURONG, 31 MAC – Rombongan pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) meneruskan lagi majlis tadarus ke Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie, Daerah Temburong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, diikuti dengan Tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah Temburong, Haji Hazimin bin Haji Metali. Acara diteruskan dengan tadarus Al-Quran, bacaan Tahlil dan Doa Arwah serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
    Rombongan tadarus KHEU seterusnya akan mengunjungi Masjid Kampung Sungai Teraban, Daerah Belait esok.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir selaku Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau, timbalan setiausaha tetap di KHEU, pegawai Daerah Temburong dan ketua pegawai agama Daerah Temburong.

    Haji Mohammad Rosli bersama tetamu khas yang lain pada majlis tadarus di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...