PHNOM PENH, 3 MAC – Seekor penyu terancam yang dibiak telah bertelur buat pertama kalinya di Kemboja, kata penyokong pemuliharaan minggu ini, dalam kejayaan besar-besaran bagi perlindungan haiwan di kerajaan itu.
Reptilia itu antara lima Royal Turtle – pernah dikhuatiri pupus di negara itu – telah menetaskan lebih 70 biji telur.
Kemboja yang memiliki beberapa bilangan penyu terancam telah merosot bilangannya akibat permintaan di Vietnam dan China yang dijadikan sebagai hidangan dan digunakan dalam perubatan tradisional.
Royal Turtle yang diklasifikasikan sebagai Southern River Terrapins berada diambang kepupusan disebabkan pemburuan dan perlombongan pasir yang memusnahkan tebing-tebing tempat ia bertelur.
Kelmarin, Masyarakat Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) mengumumkan empat Royal Turtle yang dipelihara – dan seekor telah diserahkan ke pusat pemuliharaannya di wilayah Koh Kong barat daya Kemboja – bertelur sebanyak 71 biji.

“Ia adalah pertama kali penyu Royal Turtles bertelur sejak dimulakan di pusat itu pada 2006,” kata Som Sitha, seorang pengurus projek pemuliharaan bersama WCS.
“Pasukan itu akan membuat sarang tiruan bagi tujuan pengeraman atau membiarkannya begitu saja.”
Memandangkan spesies itu sudah jarang didapati dalam habitat liar, penetasan telur itu dianggap sebagai menang besar bagi Kemboja.
“Kami menjangkakan akan dapat menghasilkan sejumlah besar Royal Turtle dalam pembiakan dan membebaskannya ke habitat liar,” kata Steven Platt dari WCS. – AFP