Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Rumah, 4 kereta ranap terbakar

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Sebuah rumah jenis satu tingkat dan empat buah kereta musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Belabau, Jalan Benutan, Tutong pada 16 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, sembilan orang anggota berserta dua buah jentera dari Balai Bomba Lamunin dan bantuan jentera dari Balai Bomba Bukit Beruang yang diketuai oleh ABK 238 Masdiwijaya, dikejarkan ke tempat kejadian.

    Kenyataan menyatakan bahawa apabila tiba di tempat kejadian, anggota bomba dan penyelamat mendapati asap tebal dan keseluruhan sebuah rumah berkenaan telah hangus serta melibatkan empat buah kereta.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memadamkan kebakaran dengan air diperoleh dari pili-pili bomba yang berdekatan relay ke jentera.

    Kenyataan menyatakan bahawa dalam kejadian berkenaan, tidak ada sebarang korban jiwa dilaporkan manakala punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. Kenyataan turut menyatakan bahawa pegawai yang hadir ialah Stesen Komander Balai Bomba Lamunin Tutong, DSO Robert Anak Uja.

    Kebakaran berlaku di Kampung Belabau, Tutong baru-baru ini telah merentungkan rumah setingkat dan empat buah kereta, namun tiada kemalangan jiwa berlaku, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP). – Gambar serahan JBP.
    Salah sebuah kereta yang ranap dalam kejadian pada 16 April lalu itu.
    Sebuah rumah dan empat buah kereta musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Belabau, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -