Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Rumah Britney Spears kena pecah masuk

    Penyanyi Britney Spears mendedahkan rumahnya telah dipecah masuk sehingga menyebabkan kesemua barang kemasnya dirompak.

    Menurut mStar, kejadian itu menyebabkan Britney, 42, berasa fobia dan tidak mahu lagi membeli barang kemas.

    “Lihatlah, semua barang kemas saya telah dicuri. Sudah tidak ada apa-apa lagi dalam kotak ini. Semuanya sudah hilang.

    “Saya tidak mahu beli yang baharu lagi kerana saya takut ia akan hilang lagi,” katanya dalam satu hantaran video pendek di Instagram miliknya pada Isnin.

    Malah kata Britney lagi, dia kini terfikir untuk membeli barangan kemas yang lebih murah dan palsu sekiranya perlu.

    “Sebagai langkah berjaga-jaga (supaya tidak rugi), saya akan beli barang kemas yang murah dan palsu,” ujarnya. – Agensi

    Britney kini fobia dan tidak mahu lagi membeli barang kemas. – The New Yorker
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...