Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Legenda bola sepak Perancis persoal sikap dunia terhadap Israel

    ANKARA, 29 MEI – Legenda Manchester United dan bekas pemain bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel, kelmarin, dengan berkata, “Adakah masih ada yang mempertahankan penjenayah ini,” dan tidak menggelarkan tindakan itu sebagai ‘genosid’, lapor agensi Anadolu (AA).

    “Adakah masih ada yang mempertahankan penjenayah ini? Adakah masih ada yang tidak akan mengutuk penjenayah ini? Adakah masih ada negara yang terus membekalkan senjata untuk penjenayah ini? Adakah masih ada yang tidak akan menyebut ini sebagai genosid? Adakah masih ada yang tidak akan menitiskan air mata menghadapi kekejaman sedemikian?” catat Cantona, 58, dalam satu hantaran di Instagram.

    Serangan Israel ke atas Rafah pada Ahad, mengakibatkan sekurang-kurangnya 45 orang Palestin terbunuh dan 250 lagi cedera, telah mendapat kecaman meluas daripada komuniti antarabangsa, termasuk menteri luar dari tiga negara Eropah, yang menekankan keperluan gencatan senjata kekal dan penyelesaian dua negara. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...