Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah pekerja musnah terbakar

    KENINGAU, 4 DIS – Sederet rumah pekerja serta lima lagi rumah tidak kekal milik sebuah  syarikat pengeluar papan musnah dalam satu kebakaran di Kampung Patikang Ulu, dekat sini hari ini.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata sebuah jentera bersama sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.04 pagi.

    “Kebakaran itu berjaya dikawal pada kira-kira pukul 10.30 pagi dan operasi sepenuhnya tamat pukul 10.45 pagi,” menurut kenyataan itu

    Kenyataan itu berkata punca kebakaran masih dalam siasatan, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda