Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rumah pusaka hilang seri, Aidilfitri sepi tanpa Khalid Ali

    KUALA LUMPUR, 12 APRIL – Rumah pusaka Lorong Keramat Dalam Satu di tengah ibu kota Kuala Lumpur yang menyimpan memori manis ketika Syawal kini hilang serinya tanpa kelibat bekas pemain kebangsaan Khalid Ali.

    Walaupun ia masih kekal menjadi tempat berkumpul merentasi empat generasi namun tanpa kelibat Khalid, suasana sedikit janggal tanpa watak penghibur yang sentiasa menghiasi kemeriahan Aidilfitri keluarga besar mereka.

    Abangnya Hanafiah Ali, mengakui ketiadaan Khalid pada Aidilfitri kali ini amat dirasai apatah lagi dia sangat merindui celoteh dan seloroh bekas nadi skuad Harimau Malaya yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 itu.

    Baginya, kehilangan Khalid amat dirasai kerana kedua-dua mereka sangat rapat lebih-lebih lagi ketika sama-sama bernaung di bawah payung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

    “Ya, sukar. Sedihlah, saya tak boleh nak cakap. Rindu… selalunya kalau ada majlis libatkan bekas atau YAKEB, beliau mesti bawa saya bersama,” katanya ketika ditemui baru-bru ini.

    Khalid menghembuskan nafas terakhir pada 6 Februari lepas pada usia 66 tahun selepas hampir setahun bertarung dengan penyakit kanser paru-paru.

    Legenda bola sepak negara itu melengkapkan tiga serangkai pemain tengah bersama Shukor Salleh dan Bakri Ibni yang mengemudi enjin pasukan di bawah kendalian jurulatih Karl-Heinz Weigang dan Mohammad Bakar ketika itu. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...