KUCHING, 29 MEI – Pemimpin Dayak Sarawak bersama-sama menganjurkan Rumah Terbuka Gawai Dayak pada 1 Jun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata acara itu bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang.
Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Jaafar dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara tetamu yang dijangka hadir pada acara itu.
“Ahli Kabinet negeri serta pasangan mereka dan pembesar tempatan juga dijangka hadir.
Orang ramai juga dipelawa untuk menghadiri rumah terbuka itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama