Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rupanya isteri MK anak tiri Noniswara

    Dramatis Datin Seri Noniswara berkongsi kegembiraan apabila anak tirinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap MK pada pagi Jumaat lalu.

    Noniswara atau Noniswara Baharudin, 54, turut berkongsi kegembiraan apabila Siti Hajaar akhirnya selamat bergelar isteri selain mengucapkan tahniah kepada suaminya, Datuk Seri Syeikh Nordin Sheikh Ahmad kerana menerima menantu.

    “Alhamdulillah, tahniah encik suami dapat menantu. Tahniah buat si manis saya, anak tiri Hajaar dan MK,” katanya.

    Noniswara berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

    Hasil pemerhatian mStar, Noniswara tidak hadir pada majlis resepsi Siti Hajaar dan MK yang diadakan di Hotel Wydnham Acmar, Klang semalam.

    Sebaliknya Syeikh Nordin dan bekas isteri Sharifah Hasnah Syed Hussain tampil sedondon memakai baju berwarna maaron selain turut naik ke pelamin untuk menepung tawar pengantin.

    Pada Julai tahun lalu, Noniswara pernah meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak mempertikaikan dia menggunakan gelaran Datin Seri kerana ada menyangka dia merupakan isteri kedua.

    Jelasnya, gelaran tersebut sah digunakan kerana sepanjang lapan tahun berkahwin dengan Syeikh Nordin dia bukan isteri kedua seperti disangka. – Agensi

    Noniswara mengucapkan tahniah buat anak tirinya, Hajaar. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda