Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rusia dikenakan sekatan baharu

    LONDON, 24 FEB – Britain telah mengenakan larangan eksport ke atas setiap peralatan yang didapati digunakan Rusia untuk peperangan di Ukraine, umum Setiausaha Luar, James Cleverly hari ini.

    Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan berkata pakej sekatan baharu itu termasuk peralatan pesawat dan radio serta komponen elektronik yang boleh digunakan oleh industri ketenteraan Rusia.

    United Kingdom (UK) juga mengenakan sekatan ke atas eksekutif kanan di syarikat kuasa nuklear Rosatom serta bos di dua syarikat pertahanan terbesar dan empat bank Rusia, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

    Beliau berkata, “Rakyat Ukraine tidak boleh melakukannya bersendirian. Itu sebabnya kami mesti melakukan lebih banyak lagi untuk membantu Ukraine menang.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...