Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Verstappen mulakan ujian pramusim F1

    SAKHIR, BAHRAIN, 24 FEB – Juara dunia, Max Verstappen menetapkan rentak bagi perlumbaan yang akan datang ketika ujian pramusim Formula Satu yang berlangsung di Bahrain kelmarin.

    Pemandu Red Bull itu mengetepikan juara dunia dua kali, Fernando Alonso dari Aston Martin dan dua pemandu Ferrari iaitu Carlos Sainz dan Charles Leclerc yang ketinggalan di belakang.

    “Kami mempunyai hari yang baik hari ini, kami melengkapkan banyak pusingan yang merupakan apa yang kami mahukan iaitu nilai yang setanding dengan tiga Grand Prix,” kata Verstappen.

    “Seronok melihat bagaimana kereta itu semakin maju dari tahun lepas. Prestasinya agak berbeza dan kami gembira.”

    Pada 2022, Verstappen memenangi 15 daripada 22 perlumbaan, termasuk sembilan daripada 11 perlumbaan terakhirnya ketika dia merangkul gelaran dunia berturut-turut.

    Dia mengutip jumlah mata terakhir yang selesa iaitu 454, jarak 146 mata di depan Leclerc di tempat kedua.

    Juara tujuh kali Mercedes, Lewis Hamilton dan George Russell menamatkan hari pertama daripada tiga hari di litar Sakhir berada di kedudukan keenam dan kesembilan.

    Mercedes mengharungi musim yang tidak menentu pada 2022 apabila mereka menduduki tempat ketiga dalam kejuaraan di belakang Red Bull dan Ferrari.

    Hamilton menamatkan kempen di tempat keenam dalam kedudukan pemandu, dua tempat di belakang Russell. – AFP

    Max Verstappen memandu semasa hari pertama ujian pramusim Formula Satu di Litar Antarabangsa Bahrain di Sakhir. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...