Monday, October 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia kurangkan import makanan laut dari India

    MOSCOW, 27 OKT – Import makanan laut Rusia dari India, terutamanya jenis udang tertentu menurun sebanyak satu pertiga pada Ogos berbanding tahun sebelumnya, lapor Sputnik berdasarkan data dari perkhidmatan statistik India.

    Pada Ogos, import makanan laut dari India yang hanya terdiri daripada krustasia menurun sebanyak 34 peratus berbanding tahun sebelumnya dan berjumlah AS$10.8 juta.

    Daripada krustasia yang diimport dari New Delhi, Rusia hanya membawa masuk beberapa jenis udang pada Ogos, termasuk udang kaki putih bernilai AS$10.7 juta dan udang air tawar bernilai AS$130,000.

    Menjelang akhir Ogos, Rusia menduduki tempat ketujuh di kalangan pembeli krustasia India.

    Lima pengimport teratas ialah Amerika Syarikat (AS$180 juta), China (AS$49 juta), Jepun (AS$36 juta), Belgium (AS$16 juta), dan Kanada (AS$14 juta).

    Secara keseluruhan, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Rusia mengimport makanan laut dari India bernilai AS$82.3 juta, menurun sebanyak 1.3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda