Monday, January 27, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia lancar satelit Iran ke orbit

    ANKARA, 10 OGOS – Rusia melancarkan satelit Iran ke orbit kelmarin dari selatan Kazakhstan, lapor Agensi Anadolu, memetik perbadanan angkasa Rusia.

    Pelancaran itu dibuat hanya tiga minggu selepas Presiden Rusia Vladimir Putin dan Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei berjanji untuk bekerjasama menentang Barat.

    Satelit penderiaan jauh Khayyam, dinamakan sempena penyair dan ahli falsafah Parsi Abad ke-11 Omar Khayyam, telah dilancarkan oleh roket Soyuz Rusia dari pelabuhan angkasa Baikonur ke orbit, kata Roscosmos. Pelancaran satelit Iran adalah peristiwa penting dalam kerjasama Rusia-Iran, menurut ketua Roscosmos Yury Borisov.

    “Kejayaan pelancaran satelit Iran itu menjadi peristiwa penting dalam kerjasama dua hala Rusia-Iran yang membuka jalan untuk melaksanakan projek baharu dan lebih berdimensi,” kata Borisov. – Bernama

    Video serahan Agensi Angkasa Rusia Roscosmos menunjukkan roket yang membawa satelit Khayyam dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda