Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Rusuhan di Puno dirancang – Otarola

    MEXICO CITY, 10 JAN – Perdana Menteri Peru, Alberto Otarola mendakwa sera-ngan ke atas lapangan terbang di bandar Juliaca di wilayah Puno sebagai satu tindakan yang dirancang, menyaksikan 17 penunjuk perasaan antikerajaan maut dalam kejadian itu. 

    Beliau menggesa pejabat pendakwa mencari dan menghukum mereka yang merancang rampasan kuasa itu, lapor Sputnik. “Hari ini, lebih 9,000 orang berkumpul berhampiran lapangan terbang dengan 2,000 daripadanya menyertai serangan tanpa belas kasihan ke atas polis dan bangunan (lapangan terbang).

    “Maklumat terkini menunjukkan ada yang terkorban dan kami bersedih. Mereka yang merancang rampasan kuasa ini bertanggungjawab secara langsung,” kata perdana menteri dalam ucapan yang disiarkan di media sosial kerajaan. – Bernama

    Beratus-ratus orang penunjuk perasaan berarak di bandar Puno, selatan Peru. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...