Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rwanda tutup sempadan DRC

    GOMA, 1 OGOS – Rwanda telah menutup sempadannya dengan Republik Demokratik Congo (DRC) selepas kes ketiga virus Ebola dikesan di bandar sempadan Goma, kata presiden Congo hari ini.

    Dalam satu kenyataan, ia berkata ‘satu keputusan muktamad oleh pihak berkuasa Rwanda’ telah menjejas rakyat dari kedua-dua negara yang terpaksa menyeberangi sempadan sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka.

    Goma, sebuah bandar dengan dua juta penduduk dan hab pengangkutan utama, berkongsi sempadan dengan bandar Rwanda Gisenyi, yang mempunyai 85,000 penduduk.

    “Disebabkan keputusan oleh pihak berkuasa Rwanda, rakyat Rwanda tidak boleh pergi ke Goma dan rakyat Congo tidak boleh meninggalkan Gisenyi tetapi dihalang daripada pulang,” kata kenyataan.

    “Keputusan ini menjejas ramai rakyat Congo dan ekspatriat yang tinggal di Gisenyi tetapi bekerja di Goma.”

    Pengumuman itu keluar beberapa jam selepas kes ketiga Ebola dicatat di Goma, meluaskan skop epidemik pada ulang tahun pertamanya.

    Sejak Ogos 2018, 1,803 nyawa telah terkorban dalam wabak Ebola kedua paling teruk, menurut angka yang dikeluarkan semalam.

    Dua daripada tiga kes di Goma telah meninggal dunia, mencetuskan perlumbaan untuk mencari orang yang mempunyai sentuhan dengan pesakit berkenaan.

    Pakar kesihatan bimbang wabak penyakit tersebut akan merebak ke bandar besar. – AFP

    Gambar bertarikh 13 Julai menunjukkan seorang kanak-kanak diberi vaksin Ebola di Beni, Congo. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda