Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rybakina mara ke separuh akhir Terbuka Australia

    MELBOURNE, 24 JAN – Elena Rybakina berada di landasan betul untuk merangkul kejuaraan Grand Slam kedua selepas menumpaskan Jelena Ostapenko untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia hari ini.

    Juara Wimbledon itu melakar kemenangan 6-2, 6-4 ke atas pemenang Terbuka Perancis 2017 itu melalui pukulan ace ke-11, dengan kelajuan servisnya 190 kilometer sejam (120mph) membuktikan senjatanya yang paling berkesan.

    Pemain Kazakhtan kelahiran Moscow itu telah melakukan 35 ace untuk mara ke empat final, lebih banyak daripada wanita lain di Melbourne Park.

    Ia adalah kategori yang turut diterajuinya apabila memenangi gelaran Wimbledon tahun lalu.

    Dalam pertemuan separuh akhir, dia akan menentang Jessica Pegula atau Victoria Azarenka, Rybakina berkata pukulan servisnya lebih baik berbanding di Wimbledon.

    Rybakina yang berusia 23 tahun telah mengisytiharkan ‘dia boleh menewaskan sesiapa sahaja’ selepas menumbangkan pilihan utama Iga Swiatek dalam perlawanan straight set.

    Kini dia mengintai gelaran utama kedua, dengan hanya tinggal dua daripada 10 pilihan teratas dalam undian, Pegula pilihan ke 3 dan Aryna Sabalenka pilihan ke 5.

    “Saya cuba fokus pada satu perlawanan. Sudah pasti ia hampir, itulah sebabnya semua orang kini akan cuba dengan lebih gigih lagi, berjuang untuk setiap permainan. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar,” katanya.

    Rybakina paling pantas berbanding lawannya, menghentikan Ostapenko serta-merta dan melakukan tiga ace untuk mencapai 3-1. – AFP

    Reaksi Elena Rybakina selepas perlawanan suku akhir di kejohanan tenis Terbuka Australia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda