Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sabah anjur rumah terbuka TBC

    SANDAKAN, 11 FEB – Kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menganjurkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) dan Krismas peringkat negeri mulai tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Katanya kerajaan telah memutuskan penganjuran dua perayaan itu akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri seperti sambutan perayaan Aidilfitri dan Pesta Kaamatan sebagai bukti kerajaan negeri sentiasa mementingkan dasar kesaksamaan kepada semua perayaan tanpa mengira kaum dan agama.

    “Ini bermakna semua perayaan besar peringkat negeri di Sabah akan dikendalikan secara rasmi oleh kerajaan negeri.

    “Rumah terbuka setiap perayaan di negara ini perlu menjadi platform untuk menyemai, memupuk dan mempertahankan keharmonian serta kerjasama dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini,” katanya pada majlis rumah terbuka TBC 2024 peringkat Daerah Sandakan hari ini.

    Majlis rumah terbuka itu dianjurkan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan.

    Hajiji berkata sambutan pelbagai perayaan menjadi platform mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini dan memberi peluang kepada rakyat untuk menyemai semangat perpaduan dan saling mengenali.

    “Sesungguhnya, semangat inilah, ditambah dengan toleransi antara kaum, adalah pengikat yang nyata untuk membawa negeri ini untuk terus maju ke hadapan.

    “Berdepan dengan pelbagai cabaran untuk pemulihan dan kestabilan ekonomi, setiap daripada kita mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat besar,” katanya. – Bernama

    Hajiji (dua, kanan) menunjukkan kaligrafi cina yang ditulis beliau sebagai simbolik perasmian sambutan TBC peringkat daerah Sandakan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...