KOTA KINABALU, 23 JULAI – Sabah akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 dos tunggal CanSino, apabila bekalan tiga juta dos vaksin itu diterima Malaysia, dijadualkan pada bulan depan (Ogos).
Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan hari ini memberitahu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin memberi jaminan itu kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, dalam perbincangan kedua-kedua pemimpin secara dalam talian hari ini.
“Ia (vaksin dos tunggal) juga penting bagi kita agar dapat menjangkau masyarakat di kawasan pedalaman dan pulau-pulau terpencil, yang mana mobiliti mereka terkesan oleh
keadaan muka bumi yang agak sukar dan jauh,” kata Khairy. – Bernama