Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sabah diramal alami pengurangan hujan tahun depan

    KOTA KINABALU, 22 OKT – Sabah diminta membuat persiapan awal termasuk mengambil langkah bersesuaian bagi menghadapi fenomena kekurangan hujan yang dijangka berlaku antara Januari hingga Mac tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

    Beliau berkata mengikut ramalan, Sabah menjadi satu-satunya negeri yang bakal berdepan keadaan pengurangan kadar taburan hujan bulanan hingga 20 peratus sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), meskipun masih berlaku hujan dan ribut petir di sesetengah kawasan di negeri itu.

    Menurut Armizan pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengenai perkara itu ketika membentangkan laporan rasmi ramalan cuaca dalam tempoh MTL pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, 17 Oktober lepas.

    “Diramalkan musim MTL 2023/2024 akan bermula pada November ini dan berterusan hingga Mac 2024. Sebagaimana MTL sebelum ini, sebahagian besar negeri dijangka menghadapi keadaan cuaca lebih lembap dalam tempoh ini yang membawa risiko banjir.

    “Namun, diramalkan Sabah akan mengalami keadaan agak berbeza pada MTL kali ini dengan keadaan pengurangan kadar taburan hujan. Dijangka jumlah hujan bulanan (mm) bagi Sabah adalah kurang 20 peratus di bawah purata dalam tempoh itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Rahmah Bergerak di Kampung Warisan, Darau, di sini hari ini. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...