Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    China: Kapal Filipina sengaja cetus masalah

    BEIJING, 22 OKT – Beijing hari ini berkata sebuah kapal pengawal pantai Filipina secara sengaja menimbulkan masalah sebelum berlakunya perlanggaran dengan bot China di Laut China Selatan yang dipertikaikan, lapor media kerajaan.

    “Kapal Pengawal Pantai Filipina 4409 secara sengaja mencetuskan masalah dan merancang berundur terlebih dahulu,” lapor penyiar CCTV, merujuk Kementerian Luar Negeri, sambil menambah “perlanggaran yang berniat jahat ini memburukkan keadaan”.

    Manila sebelum ini menuduh kapal pengawal pantai China berlanggar dengan sebuah bot pembekal Filipina ketika dalam perjalanan ke pos tentera kecil yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

    Kejadian itu berlaku berdekatan dengan Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly, sebuah kawasan yang dipertikaikan di mana Beijing menghantar ratusan kapal untuk menuntut hampir seluruh Laut China Selatan.

    “Sebuah kapal Pengawal Pantai China memintas kapal Filipina yang menceroboh mengikut undang-undang walaupun telah diberi amaran berulang kali,” lapor CCTV, sambil menambah terdapat perlanggaran ringan antara bot tersebut. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...