Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah guna pakai MBEF bantu perniagaan

    KOTA KINABALU, 23 JULAI – Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah (MID) akan mengguna pakai kriteria Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF) untuk membantu perniagaan mencapai kemampanan dan daya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini. 

    Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata ini penting kerana budaya berorientasikan kecemerlangan bakal memacu perniagaan menghadapi perubahan dan mempercepat pertumbuhan, selain bertindak pantas menghadapi cabaran terutamanya kesan daripada pandemik COVID-19.

    Menurutnya, kebanyakan perniagaan termasuk di Sabah terkesan dan menghadapi kesukaran kerana menghadapi penutupan perniagaan, model perniagaan lama diambil alih model perniagaan baharu, kesukaran menarik pelabur baharu atau pelabur menarik diri akibat perubahan dalam model perniagaan.

    “Kita guna pakai MBEF ini di Sabah supaya standard kita sama dengan peringkat kebangsaan, juga 84 negara yang mengguna pakai standard yang sama.

    “Jika kita sasarkan untuk guna pakai standard ini, kualiti (perniagaan) di Sabah ini dapat kita tingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah Kecemerlangan lndustri Sabah (AKIS) 2020/2021, di sini, hari ini. – Bernama

    Datuk Dr Joachim Gunsalam (dua, kanan) semasa menyempurnakan pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda