Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sabah perkukuh modal insan, tingkat pendidikan tahun ini

    KOTA KINABALU, 21 FEB – Kerajaan Sabah memperuntukkan RM474.55 juta bagi memperkukuh lagi pembangunan modal insan dan meningkatkan tahap pendidikan di negeri itu pada tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata jumlah itu antara lain diperuntukkan bagi pemberian biasiswa dan dermasiswa, pembangunan serta operasi sekolah agama Islam dan masjid, pembangunan badan-badan keagamaan bukan Islam serta sekolah mubaligh.

    Hajiji berkata turut diperuntukkan adalah sekolah jenis kebangsaan dan persendirian, operasi perpustakaan termasuk perpustakaan desa dan perpustakaan begerak di seluruh Sabah, selain pelaksanaan pelbagai program, latihan dan kursus kemahiran.

    “Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan serta isu pendidikan sebagai sebahagian agenda negara, selain secara berterusan meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini,” katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Belajar Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) Kali Ke-9 di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.

    Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

    Seramai 625 peserta KEDAP menerima sijil tamat belajar pada majlis itu. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) bersalaman dengan tetamu ketika tiba bagi menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina peringkat daerah Sandakan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...