Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sabah, Sarawak terima pemberian khas

    KUALA LUMPUR, 29 NOV – Bayaran pemberian khas tahun 2023 pada kadar baharu RM300 juta kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah disempurnakan semalam.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan semakan kadar amaun pemberian khas melalui penyelesaian secara interim itu telah diwartakan.

    “Bagi melaksanakan semakan kadar amaun pemberian khas baharu ini berdasarkan Perkara 112D(1) dan 112D(5) Perlembagaan Persekutuan, Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) 2023 dan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sarawak) 2023 telah

    diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 24 November 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak telah mencapai persetujuan untuk semakan kadar amaun pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa bermula tahun 2023 sebagai penyelesaian secara interim sementara proses memuktamadkan formula semakan pemberian khas bagi jangka panjang.

    Penyelesaian secara interim ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP-MA63) yang berlangsung pada 20 Januari 2023 dan telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...