Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sabah umum peruntukan RM54j untuk institusi bukan Islam

    KOTA KINABALU, 9 NOV – Kerajaan Sabah mengumumkan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi membantu sekolah-sekolah Cina dan mubaligh serta badan keagamaan bukan Islam di Sabah untuk 2023.

    Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata penambahan sebanyak RM7 juta diberikan berbanding RM47 juta pada tahun ini sejajar dengan komitmen padu kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) untuk memastikan keperluan masyarakat terus diberi keutamaan.

    “Saya berharap bantuan diagihkan atas keprihatinan kerajaan negeri akan dapat meringankan beban dalam membangun dan membaiki sekolah serta rumah ibadat bukan Islam di Sabah sekali gus memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat bukan Islam di peringkat akar umbi. 

    “Kerajaan negeri sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek serta sentiasa membantu rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...