Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabre iktiraf ejen pelancongan tempatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Sabre Corporation, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Malam Penghargaan Sabre Brunei ke-4 bagi menghargai ejen-ejen pelancongan terkemuka Brunei.

    Menurut kenyataan yang diberikan, majlis gala yang berlangsung di Terindak D’Seni di ibu negara itu dianjurkan bagi mengetengahkan komitmen berterusan pelanggan Sabre dan untuk menyatakan terima kasih kepada rakan-rakan industri pelancongan utama atas sumbangan mereka kepada kejayaan Sabre di Brunei.

    Hampir 180 orang perwakilan dari pelbagai agensi pelancongan, syarikat penerbangan dan pejabat-pejabat pelancongan kebangsaan termasuk Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Bank Baiduri Berhad, Cityneon Brunei, Netcom Computer House, TTCO dan Tourism Malaysia telah menghadiri majlis berkenaan.

    Pada majlis itu, Pengurus Besar Sabre Travel Network Brunei, Irene Soon menyampaikan Anugerah Ejen Pelancongan Teratas kepada 10 agensi pelancongan di Brunei. Tempat pertama dimenangi oleh Century Travel Centre Sdn Bhd, Bandar Seri Begawan (BSB) diikuti oleh Pan Bright Travel Service, Kuala Belait di tempat kedua, Pan Bright Travel Service, BSB di tempat ketiga, Freme Travel Services Sdn Bhd, BSB di tempat keempat dan Anthony Tours &

    Travel Agency Sdn Bhd, BSB di tempat kelima. Manakala itu, tempat keenam hingga ke-10 dimenangi oleh Darussalam Holdings Sdn Bhd, BSB; Freme Travel Services Sdn Bhd, Kuala Belait; Syarikat Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd; Century Travel Centre Sdn Bhd, Manggis dan JJ Tour Service (B) Sdn Bhd.

    Selain itu, agensi-agensi pelancongan yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi tempahan segmen FIT pada tahun fiskal 2018-2019 berbanding 2017-2018 juga menerima anugerah.

    Kategori A, bagi ejen-ejen pelancongan dengan lebih 10,000 tempahan FIT setahun, dimenangi oleh Freme Travel Services Sdn Bhd dan Pan Bright Travel Service. Sementara itu, di bawah Kategori B, bagi ejen-ejen pelancongan dengan kurang daripada 10,000 tempahan FIT setahun dimenangi oleh Continental Yachting Sdn Bhd, Grace Travel Agency Sdn Bhd dan Titian Travel and Tours.

    Irene Soon bersama wakil 10 agensi teratas yang menerima anugerah pada majlis itu. – Gambar serahan Sabre

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda