Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sahut cabaran kejohanan dunia di Thailand

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Pasukan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam hari ini berlepas meninggalkan negara bagi menyertai Kejohanan Dunia Piala Raja 2019 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand.

    Awang Jafar bin Mohd Wali selaku pembantu jurulatih pasukan berkata bahawa Brunei akan menyertai acara regu dan hoop.

    Sehubungan dengan itu, Awang Jafar berharap agar atlet kebangsaan dapat mempamerkan permainan yang mantap dan mampu memberi saingan kepada pasukan lawan.

    Antara negara yang menyertai kejohanan berkenaan ialah Thailand, India, Brazil, Jerman, Myanmar, Laos, Vietnam, Jepun, Singapura, Australia, Korea dan banyak lagi.

    Gambar ramai Pasukan Sepak Takraw Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sebelum berlepas ke Thailand.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda