Wednesday, December 25, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saiful Apek terpaksa pakai dua jenis kaca mata

    Sering mengalami kesakitan pada bahagian mata apabila terdedah cahaya, pelawak Malaysia, Saiful Apek bagaimanapun berkata dia belum terfikir untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, berkata dia takut untuk bertemu pakar dan sanggup mengenakan dua jenis kaca mata bagi kegunaan harian.

    “Mungkin saya takut untuk buat rawatan bagi baik pulih mata.

    “Bukan sebab tak yakin tapi lebih kepada takut walaupun memang ada yang mencadangkan untuk buat rawatan itu.

    “Sekarang ke mana-mana saya kena pakai dua kaca mata berbeza fungsinya seperti di sebelah dalam polarized dan di sebelah luar untuk pelindung ultra ungu, katanya kepada mStar.

    Apek sentiasa memakai kaca mata hitam apabila keluar bekerja. – mStar

    Dalam pada itu, Apek memberitahu matanya hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja jika berada di bawah sinaran matahari.

    Tambah ahli kumpulan Senario itu, jika terlalu lama terdedah, air matanya akan mula mengalir dan berasa sangat sakit.

    “Sekarang mata saya agak terhad, paling lama pun hanya 15 minit sahaja boleh bertahan.

    “Kalau tidak air mata saya akan cepat keluar dan rasa pedih.

    “Saya kena selalu guna ubat titisan mata untuk melegakan mata bila bekerja, itu antara cabaran sekarang kalau berlakon,” jelasnya.

    Dalam pada itu, Apek tidak menolak bertemu pakar jika masalah itu berlarutan sehingga mengganggu kariernya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda