Thursday, March 6, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis ubah gen tikus, menyerupai mamot berbulu

    WASHINGTON, 5 MAC – Sekumpulan saintis dari syarikat bioteknologi Colossal Biosciences telah berjaya mengkaji dan memanipulasi gen untuk menghasilkan tikus dengan bulu tebal menyerupai mamot berbulu.

    Mamot berbulu pernah merayau-rayau di tundra beku Eropah, Asia dan Amerika Utara sebelum pupus sekitar 4,000 tahun lalu.

    Colossal mencuri tumpuan pada 2021 apabila mengumumkan rancangan untuk menghidupkan semula mamot berbulu, diikuti dengan burung dodo. Sejak itu, syarikat tersebut menumpukan kajian terhadap sifat utama haiwan purba melalui analisis DNA lama, dengan matlamat untuk ‘memasukkan sifat tersebut ke dalam haiwan hidup,’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Colossal, Ben Lamm.

    Bagaimanapun, pendapat dalam kalangan saintis berbeza mengenai manfaat pendekatan itu terhadap pemuliharaan.

    Menurut Ben Lamm, kajian itu bukan bertujuan untuk menghidupkan kembali spesies pupus, sebaliknya mengenal pasti sifat utama haiwan purba dan memasukkan sifat-sifat tersebut ke dalam spesies moden menerusi pengubahsuaian genetik.

    Kelmarin, Colossal mengumumkan kejayaan mereka dalam mengubah tujuh gen serentak dalam embrio tikus, menghasilkan tikus berbulu tebal yang dinamakan ‘Colossal Woolly Mouse’.

    Keputusan kajian itu telah dikongsi dalam talian namun masih belum diterbitkan dalam jurnal saintifik atau disahkan oleh pakar luar.

    Menurut pakar biologi dari University of Buffalo, Vincent Lynch, yang tidak terbabit dalam kajian itu, pencapaian itu sangat mengagumkan dari segi teknologi.

    Namun, beliau menegaskan bahawa teknik pengubahan gen telah lama digunakan sejak 1970an, dengan kemajuan seperti CRISPR kini menjadikannya lebih efisien dan lebih mudah proses tersebut. – AP

    Gambar serahan Colossal Biosciences menunjukkan tikus yang diubah secara genetik dengan bulu panjang dan tebal di makmal di Dallas, Texas. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda