Thursday, March 20, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salah guna dadah, Virgoun ditahan polis

    Penyanyi Virgoun ditahan pihak berkuasa di Indonesia pada Khamis atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.

    Berita penahanan penyanyi itu disahkan sendiri oleh wakil Polis Metro Jakarta Barat, M Syahduddi kepada Kompas.

    “Benar, Virgoun ditangkap kerana terkait dalam kes dadah,” katanya ringkas.

    Bagaimanapun, Syahduddi tidak mengulas lanjut tentang maklumat penangkapan Virgoun dan barang bukti disita pihak polis.

    Tambahnya, pihak berkuasa masih lagi melakukan siasatan terhadap kes dadah melibatkan penyanyi berkenaan.

    “Kes masih lagi disiasat dan kami tidak boleh memaklumkan tentang kronologi kes tersebut,” ujarnya. – Agensi

    Virgoun sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan kes dadah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda