Tuesday, February 11, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salah kunci kebangkitan Reds

    LONDON, 3 Nov – Jurgen Klopp percaya pemain sayap dari Mesir, Mohamed Salah, di tahap prestasi terbaik ketika ini, akan menjadi kunci utama Liverpool untuk meneruskan kebangkitan di West Ham awal pagi Ahad.

    Selepas permulaan hambar musim ini, skuad kendalian Klopp meredakan tekanan ke atas pengendali dari Jerman itu dengan kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield dalam aksi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara menentang Maribor.

    The Reds akan bertandang ke West Ham untuk meneruskan rentak kemenangan mereka dan Klopp sedar, Salah adalah kunci kepada rancangannya.

    Sejak tiba dari Roma akhir musim lalu, Salah sudah menjaringkan 10 kali, termasuk empat gol dalam tiga penampilan terakhirnya.

    Keyakinan tinggi pemain berusia 25 tahun itu cukup jelas ketika dia menembusi benteng Maribor di Anfield awal pagi semalam, apabila menjaringkan gol menggunakan tumitnya.

    Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, ketika berada di petak teknikalnya menjelang aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara menentang Maribor.–AP

    Salah hanya memerlukan 16 aksi untuk mencapai jaringan dua angka, kadar jaringan yang meletakkannya setanding dengan Fernando Torres dan lebih baik berbanding Luis Suarez ketika musim pertama masing-masing di Anfield.

    Bermain di sayap kanan, bekas pemain Chelsea itu memanfaatkan keupayaannya untuk membuat larian ke tengah dan Klopp kagum dengan kemajuan yang dipamerkannya.

    “Dia seorang pemain tengah yang bijak mengatur serangan, jika bukan sebagai penyerang,” kata Klopp.

    “Dia gemarkan situasi ini. Dia menggunakan kelajuannya walaupun dalam ruang yang terhad (menentang Maribor), muncul dari belakang.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda