SOUTHAMPTON, 25 NOV – Dua jaringan Mohamed Salah melonjakkan Liverpool lapan mata di tangga teratas Liga Perdana apabila pendahulu itu terselamat daripada dikalahkan Southampton hasil jaringan berganda bintang Mesir itu pada separuh masa kedua dengan kemenangan 3-2 kelmarin.
Pasukan Arne Slot telah mensia-siakan kelebihan yang diberikan kepada mereka melalui gol kedua Dominik Szoboszlai musim ini ketika Adam Armstrong menyamakan kedudukan sebelum rehat di St Mary’s.
Mateus Fernandes meletakkan Southampton di hadapan selepas rehat sebelum Salah menyelamatkan Liverpool.
Salah dengan tenang menjaringkan gol penyamaan dan kemudian dengan juga menjaringkan penalti lewat permainan yang memberikannya 12 gol dalam semua pertandingan musim ini dan enam dalam lima penampilan liga terakhirnya.
Dengan kemenangan itu, Liverpool telah meninggalkan Manchester City di tempat kedua selepas dikalahkan Tottenham 4-0 pada Sabtu Lalu.
Liverpool berada di bawah prestasi terbaik mereka ketika menentang Southampton tetapi kemenangan getir itu adalah permulaan yang ideal untuk tempoh akan datang yang penting.
The Reds menerima kunjungan Real Madrid dalam Liga Juara-Juara pada hari Rabu, sebelum Manchester City pula akan bertandang ke Anfield hujung minggu depan.
Setakat ini, Liverpool telah memenangi 10 daripada 12 perlawanan liga mereka. – AFP